Monday 14 May 2012

SEJARAH SEKOLAH KU



      Idea penubuhan madrasah ini adalah hasil desakan Haji Ali Haji Hussein. Maka tertubuhlah satu Jawatankuasa Penaja yang bermesyuarat pada 21 Oktober 1937 bagi menubuhkan sebuah lagi madrasah, dan melantik Haji Muhammad Arshad sebagai Mudir. Pada peringkat awal penubuhan, ramai di kalangan penduduk setempat memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk. Hasil daripada sumbangan tersebut maka lahirlah sebuah madrasah yang sederhana sifatnya di beri nama Madrasah Al-Ulum Al-Syar’iyyah pada tahun 1937. Pemilihan nama madrasah adalah hasil perbincangan di antara Haji Muhammad salleh dengan Haji Zubir Haji Ahmad dan begitu sesuai sekali kerana semua matapelajaran menjurus dan memberatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak.
     Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Madrasah Al-Ulum masih belum beroperasi kerana ketiadaan Haji Muhammad Arshad yang berpindah ke Masjid Tinggi, Bagan Serai bersama-sama keluarganya. Anak beliau iaitu Haji Hass an Adli telah dilantik sebagai Guru Kanan yang merupakan perantara di antara ayahnya dengan pengendali madrasah. Haji Hassan Adli telah dilantik sebagai pengurus Harta hingga tahun 1959 dan juga sebagai Pemangku Mudir setelah kematian ayahnya. Kesibukan beliau sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Kuala Terengganu Utara pada tahun 1959, menyebabkan beliau menyerahkan tugas sebagai Guru Besar kepada Haji Ali Sabran Haji Asmawi.
     Pihak pentadbiran madrasah banyak mengambil guru-guru tempatan sebagai tenaga pengajar di sini, kerana mereka mempunyai kebolehan menyampaikan ilmu agama kepada para pelajar. Guru-guru dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu para guru yang mengajar di antara tahun 1947 hingga 1960 an, manakalakelompok kedua ialah guru-guru yang mengajar sehingga tahun 70 an. Perbezaan dua kelompok ini adalah dari segi pendidikan mereka. Para guru dari kelompok pertama sebahagian besar mempunyai pendidikan daripada Timur Tengah terutamanya dari Universiti Al-Azhar, Universiti Riyad, lulusan masjidil haram, dari Madrasah Darul Ulum Al-Mukarramah serta lulusan madrasah tempatan. 
     Bagi guru kelompok kedua, hanya terdapat tiga orang berkelulusan luar negara, manakala guru-guru akademik mempunyai Malaysia Certificate of Education (MCE), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada tahun 1980, Haji Hassan A dli telah diangkat oleh kerajaan Malaysia sebagai Duta Besar ke Mesir, lantas beliau telah menggunakan kesempatan yang ada mengadakan hubungan dengan pihak Al-Azhar di Cairo. Hasil daripada perbincangan tersebut, akhirnya lepasan 4 tahun Thanawimadrasah ini boleh diterima masuk ke Universiti Al-Azhar. Pihak Universiti Al-Azhar mahukan supaya kurikulum di Madrasah Al-Ulum perlulah diselaraskan dengan kurikulum yang ada di Thanawiyah Al-Azhar dari kelas 1 hingga 5.

No comments :

Post a Comment