Monday 14 May 2012

KURIKULUM AZAHARI

Kurikulum  Azhari ataupun lebih dikenali dengan sukatan matapelajaran I’dadi dan Thanawi bagi seluruh Sekolah Menengah  Agama di Negeri Perak ini merupakan kurikulum yang berada sepenuhnya dibawah seliaan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak ( JAIPK ). Ia merupakan sistem pendidikan yang mempunyai dua elemen yang sangat penting iaitu pendidikan yang bersifat Thurosi ( pengajian pondok ) dan Muasoroh ( moden ) bagi memenuhi keperluan individu muslim sesuai dengan tuntutan semasa dan  peredaran zaman.
Kurikulum Azhari ini juga, amat sesuai sebagai pendedahan awal bagi pelajar-pelajar yang ingin mendalami ilmu-ilmu agama dan amat sesuai sebagai persediaan awal bagi pelajar- pelajar yang berminat untuk mengambil peperiksaan Sijil Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ). Melalui peperiksaan ini , pelajar akan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama diperingkat Ijazah samaada di dalam mahupun diluar Negara.

No comments :

Post a Comment