Thursday 24 May 2012

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH






Buat ibu bapa pelajar yang ingin mengetahui dan menyemak keputusan peperiksaan anak - anak anda, bolehlah layari laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) dan pergi ke menu ibu/bapa.kemudian masukkan nombor kad pengenalan anak- anak anda untuk melihat keputusan peperiksaan terkini. Laman web SAPS adalah  :



Sunday 20 May 2012

TAHNIAH KUMPULAN SOUTUL ULUM (SMAAUS)

Tahniah buat kumpulan nasyid Soutul Ulum dari SMA Al-Ulum Al-Syar'iyyah yang telah berjaya memenangi tempat kedua dalam Festival Nasyid Hilir Perak 2012. Video nasyid kumpulan Soutul Iman boleh di lihat di laman berikut :

Monday 14 May 2012

SEJARAH SEKOLAH KU



      Idea penubuhan madrasah ini adalah hasil desakan Haji Ali Haji Hussein. Maka tertubuhlah satu Jawatankuasa Penaja yang bermesyuarat pada 21 Oktober 1937 bagi menubuhkan sebuah lagi madrasah, dan melantik Haji Muhammad Arshad sebagai Mudir. Pada peringkat awal penubuhan, ramai di kalangan penduduk setempat memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk. Hasil daripada sumbangan tersebut maka lahirlah sebuah madrasah yang sederhana sifatnya di beri nama Madrasah Al-Ulum Al-Syar’iyyah pada tahun 1937. Pemilihan nama madrasah adalah hasil perbincangan di antara Haji Muhammad salleh dengan Haji Zubir Haji Ahmad dan begitu sesuai sekali kerana semua matapelajaran menjurus dan memberatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak.

WARGA PENDIDIK SMAAUS

Belakang (kiri) : Pn Norhanani, Pn Salita, Pn Fauziah, Pn Noorshamaiza, Pn Nor Aishah, Pn Siti Rodziah
Tengah (kiri)    : Pn Siti Haslina, Pn Rosmaidah, Pn Norhasliza, Pn Nurul Lyana, Cik Rosdiana, Pn Meriam, Cik Nurazela, Pn Nurul Tini Azuah, Pn Saadiah, Pn Sharifah Zhafarina
Depan (kiri)    Us Faisol, Us Hasnizam, Us Hairi, En Zulkepli, Us Saiful Bahri, Us Arif Zaki, Tn Hj Abdul Hadi, Pn Hjh Siti Monkiaton, En Abdul Mubtalib, En Che Yamar, Us Rahmat, En Azri

SMAAUS BERWAJAH BARU

Assalamualaikum w.b.t

Kepada warga Al-Ulum dan bekas pelajar serta semua pelayar blog ini, terima kasih diucapkan kerana sudi singgah di blog yang 'newbie' ini. Seperti yang telah diketahui, sebelum ini SMA Al-Ulum mempunyai website yang lain iaitu http://www.smaaus.bpi.edu.my. Akan tetapi, atas beberapa masalah yang dihadapi, laman web tersebut tidak dapat dikendalikan lagi. Oleh itu, inisiatif lain telah dilakukan dengan mewujudkan blog SMAAUS ini. Kewujudan blog ini adalah untuk menyebarkan seberapa banyak maklumat yang ada mengenai SMA Al-Ulum Al-Syar'iyyah. Insyaallah, pihak admin akan cuba mengemaskini blog ini sedikit demi sedikit supaya dapat memberikan informasi yang diperlukan. Sila maklumkan kepada sahabat-sahabat yang lain.Terima kasih....Kesabaran dan kesetian anda amatlah dihargai (",)..

KURIKULUM AZAHARI

Kurikulum  Azhari ataupun lebih dikenali dengan sukatan matapelajaran I’dadi dan Thanawi bagi seluruh Sekolah Menengah  Agama di Negeri Perak ini merupakan kurikulum yang berada sepenuhnya dibawah seliaan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak ( JAIPK ). Ia merupakan sistem pendidikan yang mempunyai dua elemen yang sangat penting iaitu pendidikan yang bersifat Thurosi ( pengajian pondok ) dan Muasoroh ( moden ) bagi memenuhi keperluan individu muslim sesuai dengan tuntutan semasa dan  peredaran zaman.
Kurikulum Azhari ini juga, amat sesuai sebagai pendedahan awal bagi pelajar-pelajar yang ingin mendalami ilmu-ilmu agama dan amat sesuai sebagai persediaan awal bagi pelajar- pelajar yang berminat untuk mengambil peperiksaan Sijil Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ). Melalui peperiksaan ini , pelajar akan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama diperingkat Ijazah samaada di dalam mahupun diluar Negara.